Friday, December 7

SPM 2012

seperti yang kita tahun semalam( 6 December 2012) merupakan tarikh terakhir para pejuang SPM 2012.
Fuhh! Lega. setelah berhempas pulas belajar selama 11tahun(sekolah rendah+sekolah menengah) akhirnya tamat sudah pembelajaran sesi sekolah. *sedih*

okay, entri kali ni aku nak berceghita tentang KENANGAN SEMASA SPM.
mesti setiap orang ada kenangan tersendiri kan? begitu jugak lah dengan aku.

pada tanggal (eh bila kita exam physics? *check jadual peperiksaan*) RABU, 21 NOVEMBER 2012. aku dengan bangganya telah melakar sejarah. *tepuk tangan*

"cheq bangga!"

"bangga ke bangang?"

"opss"

selepas ketua pengawas buat pengumuman yang berbunyi

"Para pelajar diminta untuk menyiapkan ayat-ayat terakhir dan mengikat kertas jawapan. Masa sudah tamat."

"Para pengawas boleh mengutip kertas jawapan pelajar"

 aku dah gelabah masa tu sebab aku tersilap ikat kertas jawapan. terpaksa lah aku bukak ikatan tu kembali. dengan tangan terketar-ketar, dengan mata duk tengok pengawas kat depan. nasib baik sempat ikat balik. PHEWWW! lega. ngeee~

lepas siap pengawas-pengawas kutip kertas jawapan.

"Ditangan saya ni ada sebiji telefon. Saya telah mengambilnya dalam beg seorang pelajar. bla bla bla bla...pemilik telefon ini diminta untuk berjumpa dengan saya selepas ini. kalau pemilik telefon ini gagal untuk berjumpa dengan saya, saya akan pulangkan telefon ini selepas 29 NOVEMBER. hari terakhir."

"Pelajar-pelajar boleh meninggalkan dewan peperiksaan dan kembali pada pukul 1.45petang untuk fizik kertas 3"

aku pun jalan cepat-cepat sebab nak keluar dewan. nak tengok telefon aku ke tak. aku rasa macam telefon aku.

*aku tengok beg aku*

" ehh asal beg aku pelik je ni? telefon aku ke?"

"ARGHH! handset aku." *dup dap dup dap*

"Macam mana nihh? ahhh! pergi mintak je lah."

dengan langkah bergayanya aku masuk kembali ke dalam dewan peperiksaan. dengan muka yang ditebalkan. then, mintak nak jumpa ketua pengawas.

aku mintak balik telafon tu.

"Saya rasa saya dah buat silent mode+flight mode. mungkin alarm. (bangang, asal lahh aku lupa nak off alarm. arghh)"
"bla bla bla. ni amaran terakhir saya. lepas ni dah takde amaran"
"baiklah. ermm"
"bla bla bla"
"okay, baiklah, ermm"
"lain kali tutup terus telefon, jangan silent saje"
"Okay, lain kali saya dah tak bawak."
"Boleh bawak tapi tutup dulu. sebab nanti mengganggu calon nak jawab exam. dah la telefon awak bunyi kuat."
"Okay, baiklah."
*ketua pengawas hulur handset aku*
"terima kasih. lain kali saya dah tak buat"
*dengan muka yang slamber badak aku keluar dewan* cehhh macam tak bersalah pulak. haha.

kawan aku yang tolong temankan aku pergi ambil handset tu pulak yang takut. muka dia dah pucat sikit.

tulahh alkisahnya. amacam best tak? ngokngek. haha
kenangan terindah tu dapat cakap depan-depan dengan ketua pengawas. takut gila kot, dah buat salahkan? 

pagi sebelum datang ke dewan aku dah rasa lain macam bila pengang handset tu. tapi aku buat tak endah je. aku letak jugak dalam beg.

alarm tu pun, time pengawas duk kat kereta dia baru nak berbunyi. haishhh! kalau tak mesti tak kantoi. aku tak dengar pun, aku duk barisan 3 yang terakhir dan tengah(betul-betul dengan pintu keluar) tapi kawan aku(barisan last sekali tapi duk kat tepi) cakap dia terdengar, mungkin time ketua pengawas tu nak tutup alarm tu kot. *sigh*

pesanan penaja: kalau nak bawak handset tu pastikan takde alarm yang masih berfungsi+silent mode+tutup.